Thursday, May 21, 2009

Part Four

Kehilangan yang bukan sedikit. Aku kehilangan hati! Tapi mungkin akan datang kembali. Masih ada harapan, bukan? Mungkinkah hati aku akan kembali hancur? Wargh! Tertekan!

Syafiq menghempas badannya ke katil. Pening. Fazrin budak aktuari dia Institut Sains Matematik, benar-benar buat kepalanya sesak. Sejak dari hari itu, Fazrin tak segan silu menelefonnya, tak berhenti menghantar mesej dan banyak lagi. Dia rimas! Tapi mungkin salah dia juga. Kenapa memberi gadis itu nombornya? Syafiq mengeluh. Bengap!

Dia malas. Bukan sekejap dia mencuba. One whole fricking year! Pelbagai cara dah dicuba. men cari benda lain, benda baru yang boleh membuatkan dia lupakan soal Erma. Soal hati luka. Tapi lama kelamaan Syafiq sedar. Nak letak ke tepi pun tak mampu, inikan pula melupakan buat selamanya? Dia penat. Dia tewas. Lalu dia nekad.

Teruskan saja hidup beralaskan memori bersama Erma. Walau pahit. Walau pedih. That’s what have been driving me alive all this while. And I’ll keep living with it in me.

Diamlah kau, hati. Bising.

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr