Thursday, May 21, 2009

Part Five

“ AISHAH YUHANIS BINTI AMIN!!! ”

Anis tersentap. Gugur jantungnya. Dia memandang ke hadapan.

                Prof Hakim memandangnya sambil jari telunjuknya ditala ke bibir.

                Anis turut. Basah. Apa ni? Anis masih lagi blur.

“ Anis. Babe, air liur kau. Sapu weyh. ” Hasmida berbisik perlahan. Tapi cukup jelas dengan suasana dewan kuliah waktu itu. Sepi.

                Anis ternganga. Dia tertidur lagi!! Gaaa~~!! Dia tunduk melihat buku notanya. Bertompok gelap. Argh!! Mampus aku!

“ Hmm.. Prof. Saya.. saya minta maaf. Saya tak sedar. Saya- Ouch!! ”

                Penutup pen marker papan putih hinggap ke dahinya. Anis menggosok dahinya. Pedih.

“ Saya tak cakap yang kamu boleh cakap. Duduk. Lap air liur kamu dan salin nota dan soalan latihan yang saya bagi. Waktu dah habis. Kamu aje yang tak sedar. ”

“ Baik. ”

                Anis duduk perlahan. Merah mukanya menahan malu. Juga pedih. Lagi merah bila melihat Hasmida terkekek-kekek disebelahnya. Anis pantas bersedia kembali dengan pena dan kertas kajang, memandang ke papan putih, ingin menyalin nota seperti diarahkan. Tapi, kosong. Kosong??

“ Has, mana nota dan soalan yang Prof bagi? Aku tengok kosong je? ” bisik Anis. Sangat perlahan.

“ Anis, ni ada nota untuk kau. Dari Prof. ” Malik tiba-tiba muncul berdiri di sebelah Anis sambil menyerahkan secebis kertas.

“ NOTA DAN SOALAN TU ADA DI PINTU BILIK SAYA. SALIN SEMUA SOALAN DAN BAGI SAYA JAWAPAN PADA KULIAH AKAN DATANG. JANGAN TIDUR DEPAN PINTU SAYA PULA. ^_______^v ”

Pandangan Anis gelap seperti mahu pitam. Prof benar-benar menghukumnya!!

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr