Monday, August 4, 2008

sejenak

memikirkan kejayaan itu sebagai satu titik kebahagiaan dalam hidup seseorang buat aku terfikir. 

andai benar.

kenapa tak semua orang yang pencapaian akademiknya tinggi dan membanggakan, tak kecap bahagia? tak senyum gembira? tak ketawa bersama? musykil aku dibuatnya. untuk apa kita mekar dalam dunia yang fana, andai roh tak tenang? aku berfikir sejenak. memikirkan keadaan mereka yang handal berkata-kata. tapi tak mampu meluah rasa. kerana mereka plastik. buatan manusia sendiri. humanoid. perlukah segalanya berlandaskan pegangan nilai sekular? pegangan darwinisme tak akan menguntungkan sesiapa, melainkan dirinya. menggunakan makhluk lain, hatta manusia sekalipun, demi kebahagiaan yang sementara. pernah dengar apa itu kurniaan Tuhan? sedangkan Sultan boleh tarik balik gelaran Datuk, inikan pula Yang Maha Esa. lupakah kita pada suruhannya? faktor kenapa ramai yang bijak pandai tak tenang hidup - hilang nilai kemanusiaan. teknologi seharusnya membawa manusia ke arah yang lebih baik. bukan ke arah kemusnahan. juga bukan ke arah keabadian yang tak pasti. tidak. di padang masyhar masing-masing bogel. tapi tak peduli langsung jiran sebelah yang telanjang bulat. kerana masing-masing takut. takut akan hitungan pahala yang jauh lebih ringan daripada dosa yang terkumpul dari aktiviti-aktiviti promosi diri murahan. waktu itu baru mengaku islam. baru mengaku umat Rasulullah saw. baru mengaku tunai cukup 5 rukun islam, 6 rukun iman. baru mengaku khatam Al-Quran yang suci paling busuk, sekali. seumur hidup. mana pergi ilmu yang selama ini dihafal? mana pergi soft skill yang selama ini dipraktis? mana pergi nilai akademik yang selama ini dibangga-bangga? tiada guna, bukan? ilmu tanpa amal, ibarat buku tanpa tulisan. tak berguna. tak memberi faedah. tidak. aku tak mahu persiakan nyawa dan hayat aku begitu. tak mengetahui bila ajalku, buat aku semakin gusar menentang waktu, menghimpun sebanyak pahala, mengatasi gugusan dosa.

penat belajar. ya. aku penat. mungkin ini yang bermain di minda aku lewat ini. mungkin kadar waktu aku menaip tak memberi aku peluang untuk terus meluahkan apa sebenarnya yang bermain di otak aku pada mulanya. lain waktu barangkali.

bukan selalu aku berikan kata-kata padu begini bukan?

mudah saja. sesuatu telah terjadi pada aku. perlu aku ulas lagi?

menerima cinta dan kasih sayang adalah satu tanggungjawab yang pada aku hanya satu mainan perasaan. aku tak berpura-pura, terima kasih. aku juga tidak menipu. itu bukan cara aku.

statistik menunjukkan. tugas aku dikalangan kawan baik, lebih kepada menjadi tempat mengadu untuk lelaki-lelaki yang cinta mereka ditolak kawan-kawan baik, kemudian menolak cinta yang aku hulurkan kepada mereka atas dasar ikhlas, mentah-mentah. owh, rejection bukan sesuatu yang baru bagi aku. aku dah biasa. tak, aku tak imun. aku cuma dah biasa. perasaan aku untuk tiap lelaki berbeza. tak sama. mungkin lebih. mungkin kurang. tapi tak sama. takkan. maka setiap rejection itu memberi aku perasaan keterharuan yang berbeza. perlu aku ulas lagi?

mengenali setiap insan di dunia dan berkawan dengan mereka, lalu bersedia untuk menghulurkan bantuan jika mereka meminta bantuan, tanpa mengharap balasan bahawa mereka akan menolong kau satu hari nanti, adalah satu kelebihan yang aku rasa setiap ekor kera sumbang di dunia ini patut sesali. keikhlasan. ibarat semut hitam diatas batu hitam pada malam hari. sukar untuk dikenalpasti. juga sukar untuk dihayati dan difahami. hanya kerana manusia tak dapat menerima hakikat bahawa tidak semestinya setiap perlakuan yang baik dilakukan bersyarat atau bersebab. ikhlas. tak meminta apa-apa balasan. bererti, tidak sesekali merungut, jika orang yang ditolongnya itu, tak memberi balasan yang setimpal dengan bantuan yang kau berikan. maka, jangan sesekali kau berani, mengata aku tak ikhlas, hanya kerana kau mencemburui kehidupan aku yang bukan kera sumbang, sepertimana kamu.

aku tak stabil. mungkin malam ini sambung lagi. tunggu ya!

____________________________________________________________

stupidity is a privilege, some might abuse it.
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr