entah bila aku sepatutnya submit post ini. yang aku karang sewaktu kelas pojiah. haih~ tak sanggup nak hadapi lagi sekali. uhuk uhuk uhuk~
memandang cik pojiah dengan mata yang separa kuyu tak membantu aku menyalin nota dengan lebih efisien. "Natural Law Theory" berkenaan virus dan manusia, juga fakta tentang bakteria yang wujud dalam perut aku. cik pojiah kata, kita harus beretika dalam hidup. aku kira sudah cukup beretika dalam belajar, berlagak seolah aku memberi sepenuh perhatian. sekurang-kurangnya aku tak lelap.
kaki berpeluh. sangat tidak selesa
cik pojiah kata penghisap rokok adalah tidak normal. masalahnya, aku tak hisap rokok. tapi kenapa aku tak rasa normal pun? aku pasti aku perokok pasif. seumur hidup ini, aku bergelumang dengan kepulan karbon Dunhill baba. tapi tak pernah pulak aku serang dia atau orang lain kerana merokok dihadapan aku. aku ada ayah yang mengenali rokok Dunhill sejak zaman bujang. aku ada kawan baik yang hobinya adalah shisha. aku tak pernah kisah. selagi dia berbau strawberi. aku tak kisah. cuma tolong jangan halakan kepulan asap itu ke arah aku kalau tak mahu rokok itu kau telan. aku asthmatic i.e mudah mati.
aku tak akan kata mereka tak normal. mereka hanya pentingkan diri. manusia. memang begitu. tak ada manusia yang terlalu baik, mementingkan manusia lain selain dirinya, tanpa mempunyai sebarang sebab. aku menyayangi gewdik kerana aku mahu dia menyayangi aku. self-interest. ia benar. aku memerlukan kawan-kawan kerana aku perlukan seseorang untuk menemani aku bila aku sunyi dan luka.
sukar untuk aku terima. menyedari yang aku mempergunakan orang lain demi kepentingan aku sendiri. aku manusia. mengikut Utilitarianism, mempergunakan orang lain adalah sesuatu yang bagus, kerana mendatangkan kebaikan dan keuntungan. kalau orang tu tak berguna, memang tak akan digunakan dari awal. tapi, mempergunakan orang lain tanpa memikirkan kesan dan akibat adalah satu kesalahan dan kesilapan yang sangat mudah kita lakukan tanpa menyedari apa-apa pun.
stupidity is a privilege, some might abuse it.
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________

0 doodles:
Post a Comment