Saat bila kau rasa kau sebenarnya tak keseorangan, hasil janji-janji dari kawan, cinta, kata akan sentiasa ada bersama walau jauh, asalkan jiwa sama-sama, sebenarnya bukan dusta. Tapi tak benar.
Aku tidak menilai kehadiran secara literal. Sendiri perasanlah kononnya berteman. Padahal secara hakikinya aku betul-betul seorang. Sewajibnya aku bertemankan raqib & atid. Selain itu? Tiada. Oh, Tuhan juga. Yang sentiasa melihat laku.
Maka, selalunya aku sekadar bermonolog sendiri. Kerana aku tahu, aku kekurangan pendengar. Bukan tiada, kurang. Aku tamak. Mahu lebih.
Bila tertekan begini, aku jadi keliru. Siapa harus aku hubungi dahulu? Berkecamuk. Sangat.
Lama kelamaan aku kembali sedar. Aku tidak menilai kehadiran secara literal. Dan hakikat adalah aku sendirian. Dan aku perlu ambil keputusan sendiri. Berfikir panjang atau tidak, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, samada aku mampu untuk buat keputusan atau tidak. Dan dalam keadaan begini, keputusan itu semacam terdesak mungkin. Tapi kata putus sebeginilah yang aku paling benci kalau ada yang memangkah kemudian hari. Sebab waktu aku sendiri, dia tiada bersama aku untuk beri pandangan.
Life is not a fairytale. But that should not stop from being a princess. Aku tahu apa aku mahu. Aku tahu jalan mana aku mahu lalui. Cuma aku keliru siapa yang harus aku bawa bersama. Aku tak kisah keseorangan di permulaan. Aku tak mahu keseorangan separuh jalan ke pengakhiran. Maka aku kuatkan hati. Keraskan perasaan. Kentalkan jiwa. Semoga hidup tak sesukar yang tak mampu aku lalui.
Mungkin keadaan sudah terbaik untuk aku. Bezanya aku berpuas hati atau tidak saja. Sudah puaskah aku? Mungkin ya. Mungkin tidak. kalau sudah puas, apa gunanya lagi aku bersusah-payah kerja? Bertungkus-lumus memperbaharui diri?
Tak. Sehingga hari ini, aku belum puas.
Esok, barangkali.

0 doodles:
Post a Comment