Sunday, September 6, 2009

Malam ni tak hujan so sangat panas lah rasa mahu nyeksi.

Wah. Membenci itu penat sebenarnya, wahai rakan-rakan.

Kerana benci itu sesungguhnya satu perasaan. Masih satu emosi. Memerlukan penggunaan otak untuk berfikir, jantung untuk berdegup lebih kencang, dan tear duct untuk mengalirkan air mata.

Sebijik waktu ketika jatuh cinta. Waktu itu kita panggil sayang. Cuma sedikit mengelamun. Atau erti kata lain, angau. Maka otak tidaklah sefokus ketika kita beremosi benci.

Ingin ditegaskan disini bahawasanya, tidak berbaloi membenci orang. Kerana membazirkan air liur, air mata, dan kedut di dahi & mata saja. Membazir itu amalan syaitan, rakan-rakan! Tak elok, ya rakan-rakan. Tiada Kap Ba Ra' Kap Alif Ta Nun. Okay? Maka mari kita cari inisiatif lain. Cara alternatif bagi tidak terjebak dengan perasaan benci ini rakan-rakan.

Cukuplah sekadar kita menyampah sahaja, ya. Ini kerana, apabila kita menyampah, kita tidak akan ambil peduli. Kecuali anda minah/mamat/nyah keypochi, anda akan cuba sedaya upaya untuk mencungkil apa saja berkenaan orang tersebut yang membolehkan anda menyampah kuasa limabelas terhadapnya. Normalnya, saya ulang lagi sekali, kita tidak akan ambil peduli.

Sesungguhnya, seseorang yang tidak dipedulikan, akan mengalami tekanan perasaan. Tidak, bukan sewel. Cukup sekadar rasa tidak diperlukan atau tidak diendahkan (yang mana adalah benar dan tepat). Maka dia juga akan mengambil langkah yang sama, tidak mempedulikan anda. Ya, cara ini telah dikenalpasti berkesan untuk menyingkirkan mana-mana hamba Allah yang anda tidak hingin lihat, enggan pula anda mengutuknya dibelakang waima dihadapan mata kepala dia sendiri. Kurangkan konflik, ya rakan-rakan. Kurangkan, bukan tiada langsung. KURANGKAN. Okay harap faham disitu.

Marilah sama-sama menyampah dengan orang yang kita benci/bakal benci. Tidak elok membenci. Menyampah boleh.


 

(=.=")


 

I menyampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah dengan You!

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr