Thursday, August 27, 2009

Saat bila aku tahu aku benar, tapi aku disalahertikan.

Lately tak ada soul nak tulis post tatau kenapa. mungkin sebab tiba-tiba jiwa kosong kot.  yelah, tiga minggu merempat menumpang bilik kesayangans, tiba-tiba dah berteleku dalam bilik hijau ni. haish. rindu la tu. Dahtu asyik lepas rindu kat labyrinth. Huuu~


 

Dah lama rasanya tak post entri yang deep. Yang boleh buat aku berfikir lagi dalam tentang sesuatu. Hurm.. kenapa ya?


 

Bekukah otak aku? Berhenti berfikirkah akal aku? Tak berkembangkah kematanganku? Tak bertambahkah pengalamanku?


 

Banyak persoalan untuk aku jawab sebenarnya. Paling penting, arah tuju hidup. Buat sementara ini, aku masih belum menyesali keputusan yang aku buat hampir sebulan lepas. Secara pukalnya aku cuma mahu enjoy masa aku disini dengan melampau lagha dan sedikit rasa sayang. ^__^


 

Ramai yang tahu siapa aku dalam dan luar. Lebih ramai yang tahu siapa aku luaran semata. Well, kecuali ummu. Exceptional sikit. Haha~ tapi aku tak salahkan orang kalau orang rasa aku hipokrit sebab tak tampilkan diri aku yang sebenar. Cuma fikirkan saja. Kenapa perlu aku? Perlukah aku buat begitu kalau apa yang aku bakal tampilkan hanyalah suatu sisi gelap dan tak mungkin diterima pakai awam? Haruslah aku simpan untuk diri aku saja kan. Aku selesa begitu. Pasti kamu juga.


 

Aku tak sempurna. Dan aku tak harapkan kamu begitu. Untuk apa pun? Adakah hati akan bahagia kalaupun punya kawan yang sempurna? Kalau benar sekalipun, seketika mungkin. Kemudian? Hasad. Oh. Minta dijauhkan perasaan hasad itu antara aku dan kawan-kawan tersayang. Sebab kesayangans aku adalah orang-orang yang aku rasakan benar-benar jujur dan menerima aku dengan adanya. Kurang lebih aku. Well, banyak kurang, of course. Tapi itu tak mengganggugugat persahabatan kita, bukan?


 

Aku bitter. In a way, lah. Tak ramai tahu. Kinky in my own way juga. Itu tak perlu bimbang. Kinkiness aku bertempat. Aku tak angkat kaki naik atas duduk macam apek kampung cina duduk bila makan dengan kawan-kawan kat kopitiam ke kolej ke. Selalu bimbang kalau hilang kawan atas sebab kekurangan aku. Well, siapa nak berkawan dengan tukang besi, kan? Semua nak dekat dengan penjual minyak wangi. Bukan tak usaha jadi terbaik. Tapi lemahnya aku kerana nafsu. Bukan salah syaitan lagi. Ini salah diri sendiri. Kemahuan diri aku sendiri.


 

Ada seseorang yang sudi terima baik buruk aku walhal alasan untuk tinggalkan aku untuk orang yang lebih baik sudah kukuh sebenarnya, benar-benar buat aku rasa hidup kembali. Bukannya sebelum ini aku 'mati' cuma aku tak cukup 'alive'. Hidup untuk diri sendiri. Berpuas hati dengan diri sendiri. Maka aku tak perlukan kesempurnaan tahap dewa, bukan? Jadi bila aku dah jumpa, aku rasa kerdil. Layakkah aku? Maybe we suit each other. But I do have dark secret(s). And so far, far darker than what he got. A bit off mungkin sebab kadang-kadang berbeza pendapat dan cara berfikir. Tapi one of the reason aku rasa dia jodoh aku adalah bila dia satu-satunya yang berani tahan, dan boleh kawal aku. Aku Libra, what do you expect? Roaming here and there, going wild, bla3x. Dan bila aku dengar kisah putus tengah jalan samada sebab orang ketiga yang datang pada pasangan kau setelah dia berjaya dalam hidup sedangkan kau sudah bersama dia sejak dia bukan siapa-siapa, mahupun kisah yang putus tengah jalan sebab sudah tidak serasi walaupun hampir tiap hari cuba pujuk diri sendiri bahawa tiada yang lain lebih baik sebab sudah bersama bertahun lamanya, buat aku bimbang kalau aku akan mengalami perkara serupa. Tapi masih cuba untuk yakinkan diri untuk terus berada disitu. Dan andainya tiada jodoh waktu mendatang, izinkan aku nikmati saat ini sepenuhnya. Jangan kacau kami.


 

Soal kawan dan keluarga, bukan senang untuk aku bualkan. Acap kali aku ended up terluka. Macam apa webbit kata lah. I'm trying too damn hard, it hurt so bad, I can't stop. Hidup aku yang berakarkan akar yang rapuh, sedikit sebanyak mempengaruhi jalan hidup aku. Cuba untuk jalarkan akar baru, tapi gagal. Mungkin bukan masanya. atau aku sememangnya ditakdirkan hidup berakarkan begitu. I am not a good girl to begin with. Some said I chose to be this way. Maybe they're right. In a way. Change is resistance. Resistance from myself, and resistance from people around me. Trying to be someone else but me is hard. Some people are against it, saying that by then I will not be me. And I will not be happy. You think I am now? How could I when some people aren't THAT happy with how I am today? It's a matter of acceptance, and letting it be. Some people just don't want to let me be. Let alone letting me to be someone better. And when I'm bitter due to that, the only person to blame, is no one, but me. So why the fuss? No matter how, it'd be me in the end who get all the harsh words. So shouldn't I be the one who decide on how and what am going to make me feel bad at the end of the day?


 

Okay. Aku berbahasa inggeris. Bukan tandanya emosi aku stabil waktu ini.


 

Kalaulah aku boleh berhenti ambil peduli.

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr