Thursday, August 6, 2009

menjauh la kau gelisah hati

rindu waktu dulu. tapi tak mampu undur. ulang sekalipun, takkan sama.

fikir dua kali bila disakiti. sila move on.
bila masuk soal persahabatan, telingkahnya kau kerana sayang. tapi kalau belot? kalau jenis yang pergi-datang-pergi-datang bukan seorang aku kenal. tapi aku tak ambil pusing. yang pergi-datang kembali dengan sebab mahukan sesuatu-pergi boleh buat aku rasa marah. aku bukan 7-11.

fikir dua kali bila disakiti. aku mahu move on.
buat masa-masa genting begini, aku cuma mahukan mereka-mereka yang perlu sahaja. baggage tolak jauh-jauh. menyusahkan & memeningkan. nanti-nanti saja.

hidup berlandaskan hati memang seronok. hidup berlandaskan akal memang selamat. tapi aku mahu keduanya. aku mahu selamat DAN seronok.

sekarang sudah lain bila semua orang sibuk, aku seorang yang tidak. dulu, aku seorang sibuk, orang lain tidak. sayu.
tapi haruslah aku cherish waktu senggang ini kan? tapi cherish apanya seorang diri?

BAIKLAH!


*baca buku*

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr