masalah batuk membatuk makin teruk ni. aku dah sampai tahap tak boleh tidur ni. musibahnya lah. dah telan ubat batuk sepekat mungkin, macam haram.. tak lut. gahnya kahak di tenggorok aku ni. tengok tuan la kan?
kesian pulak kat akak tepi aku dalam bas siang tadi. terganggu tidur dengar aku batuk-batuk. satu bas boleh dengar kot bunyi aku batuk. sampaikan akak tu hulur kat aku Vicks suruh sapu kat leher, bagi kurang sikit batuk tu. menjadilah juga. tapi tak lama, 2 jam je. lepas tu aku batuk balik sampai habis air masak aku minum. segan pula aku nak mintak air akak sebelah. vicks da bagi, takkan nak mintak air? sah sah tak boleh share sekali aku minum. bakteria woh~!!
sampai di Putra, aku cuma menunggu. sabar sesabar sabar yang aku mampu. yela, malas sangat nak naik komuter, memang padan la muka aku tunggu bunnywebbit datang ambil. 6.50 petang bunnywebbit sampai. memecut la tu. dari kerinci nak sampai klcc pun dah 30 minit. inikan pergi putra. patutnya lagi lambat, tapi biasalah, suami aku. rindu la tu. hahaha perasan. okay, aku sebenarnya yang sangap. hahahaha~
aku kerja esok. eh. hari ini. kiranya kesian la kat sape-sape yang datang lepas tu lepak lama-lama kat aku punya station sebab aku memang tak akan layan sangat sebab aku batuk. lagi lagi aku memang akan elakkan area DinoDig tu. sebiji macam kat desert kau, debu dia. tukar jadi getah pun, masih berdebu lagi. aku musykil mana datang debu debu cinta tu semua. lantaklah. aku takkan buat talk. aku tak mahu borak sangat dengan visitor. aku memang akan "sedikit" diam hari ini. hohohoho~ nantikanlah..
okaylah. batuk dah macam reda sikit. harus segera tidur. tak selesa kalau dibandingkan dengan katil dirumah. tapi at least aku ada tilam, kan? wee~~
nyte-nyte.
ps : bunnywebbit, sayang kamu. guling-guling sorang-sorang je ye malam ni.

0 doodles:
Post a Comment