Monday, April 13, 2009

hati kata tak mahu. otak kata mesti mahu!!

kebolehan aku untuk memekakkan telinga semakin lama semakin berkarat. atau erti kata lain, dok pro doh eh.. walhal sepatutnya semakin power memandangkan semakin ramai yang kata-kata mereka aku ibaratkan sebagai tak perlu diambil kisah (sangat).
okay. aku sebenarnya masih tertekan walau hal ni dah lama. sampul surat aku yang ada semua sijil-sijil aku waktu di UM hilang tanpa berita dan jejak. mustahil orang nak curi sebab nak buat apa pun? kempen kitar semula kertas kat malaysia masih diperingkat merangkak. eh. bergolek. maka tak ada sebab untuk orang curi. melainkan saja nak sabotaj aku yang mantop ni dari dapat kerja. empangan! yang memenatkan aku hari ini adalah, pemilik kapitan kelas kedua kata aku ni komang atau common atau senang kamu nak faham, ertinya dalam bahasa standard adalah, MEMBAZIR JE KO PENAT-PENAT BELAJAR, TAPI SIJIL-SIJIL SEMUA TU HILANG, LEPAS TU SUSAH NAK DAPAT KEJE. wah. nampak sangat aku emosi. hahaha~
aku takdelah beriman sangat tapi sekurang-kurangnya aku tahu erti kata usaha tangga kejayaan, namun rezeki di tangan Tuhan. beribu (tipu) resume dah dihantar. tapi kalau memang tak sesuai, memang tak dapatlah kan? kira usaha la ni aku penat balik kampung 8 jam dalam bas sampai meleleh-leleh air liur tidur terlentok (di bahu bunnywebbit, air liur tidak pernah meleleh, ya.) dan mengendong beg NorthFace baru aku dapat dari CinaLong seberat 10kg. PENATLAH WEYH!! tolonglah bagi sokongan sikit. boleh? jangan tahu nak kondem orang saja..
lantaklah. panas ni. oh, bukan metafora. betul-betul panas. tadi mandi ingatkan makin sejuk lah. tapi tak. makin panas sebab kat luar tidak hujan sama sekali. mesej bunnywebbit, dia kata dia stuck kat kedai dengan akre & hourgh sebab hujan lebat nak mati. okay, alasan untuk stay lama-lama dengan kawan lama. aku okay je selagi aku tak ada di sana. jangan nanti masa aku ada pula dia gedik-gedik mahu tinggalkan aku sorang-sorang, mahu pergi lepak sama kawan. ini aku tiada, sila gunakan waktu ini sepenuhnya. bebas, ya sayang~
okay. aku lemas. mahu tinggal di KL sebab cinta hati ada disana. kawan-kawan juga disana. bukan setakat kawan UM, kawan sekampung pun disana, okay?!? adoila.. bukan materialistik. tapi kebahagiaan aku di sana. sejujurnya, ya. 

sudahlah.

penat mahu pusing-pusing cari nyawa.

p/s: bunnywebbit, saya rindu kamu gile babi. okay. kasar sangat. saya rindu kamu gile-gile.

1 doodles:

Leena Chan said...

hik hik. entry yang best. good luck intebiu k!

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr