Saturday, April 25, 2009

gajah.. gajah..

dulu aku seorang yang pendendam. macam gajah. aku tak akan lupa apa orang buat pada aku. dan selalunya, aku akan pendam lama-lama, sampai satu masa, aku flipped bila orang tu datang pada aku dan cari pasal. dan sesungguhnya, revenge is sweet. lagi-lagi bila kau jadi orang terakhir yang senyum. rasa sangat bangga. tapi mind you, aku buat begitu bila orang tu buat 'lagi' perangai bangang. 

sudah aku mention belum yang aku macam gajah? bukan dari segi saiz. tapi pendendam. pernah aku terlalu marah dan memendam rasa marah tu sampai berkepuk-kepuk dalam hati, kemudian bila orang tu depan mata aku rasa macam nak bunuh je tapi bila aku fikir balik, aku sebenarnya dah lupa insiden/sebab sebenar kenapa aku marah sangat in the first place. nyanyuk? tak juga. mungkin aku terlalu obses dengan kemarahan, hingga mengabaikan terus sebab kenapa kemarahan tu wujud dalam diri aku. kenapa orang tu cari pasal dengan aku. kenapa orang tu membangang depan aku bukan depan orang lain. 

ya, dulu aku macam gajah.

sekarang? oh. lebih kurang sama macam dulu. cuma sisi gullible aku saja yang bertambah peratusnya. makin sensitif dan semakin pemalas sebab saban hari ada orang akan membebel suruh aku itu ini. oh, ini bebelan yang aku suka dengar sebab daripada bibir kekasih hati, bukan bebelan dari kapitan kelas kedua yang aku sunguh-sungguh mahu elak suruh aku itu ini.

sentuh pasal rasa dendam, aku sudah kurang berdendam. kurang, bukan tak. mungkin sebab sekarang ada orang untuk aku lampiaskan rasa marah tanpa perlu rasa menyesal sebab menjerit-jerit macam orang gila dan tiba-tiba menangis. sebab dia kata dia sayang aku. betul kata sarah, aku akan cari orang yang aku selesa eventually. tak, dia bukan tempat aku lepaskan emosi. tapi orang yang aku cari bila aku rasa aku mampu untuk berkongsi emosi itu. mind you, aku tak kongsi perasaan aku dengan sembarangan orang. berapa orang je pun pernah tengok aku menangis?

dan semalam, aku sedar yang aku sudah tidak reti berdendam. tapi masih sukar memaafkan. dan masih tidak akan melupakan. lagi-lagi yang melukakan aku. waktu muda-mudi, memang aku sangat naif aku tak nafi. orang rupa macam aku memang lelaki takkan pandang nak buat gadis impian apatah lagi nak buat adik angkat. kecuali seorang. well kami kenal pun sebab aku takde keje lain asyik hinggap kat channel sekolah dalam IRC. dia senior aku. tapi aku tak kenal. jauh sangat beza umur. dia keluar aku baru masuk. sah-sah la aku tak kenal. 

dari lepas SPM sampailah ke matrikulasi dan tahun kedua semester pertama aku di UM, kami seperti biasa. sampai satu hari, dia balas mesej aku dan kata yang dia sudah tidak mahu aku lagi jadi adik angkat. aku bingung. hari itu hari raya. aku call, dia marah-marah kata aku adalah adik angkat yang paling teruk dia pernah ada. kelakar. sebab dia kata macam tu adalah sebab aku baru dapat teman lelaki dan aku tidak beritahu dia. maka rumusannya, aku adalah orang yang tidak bersyukur kerana kurang ajar. aku bingung lagi. aku menangis teruk hari itu. bukan sebab aku hilang satu-satunya abang angkat yang aku pernah ada. tapi sebab dia sumpah aku yang aku takkan bahagia sampai bila-bila. ya, aku masih ingat. aku jadi takut. sebab aku baru jumpa kekasih hati yang aku sangat yakin aku mahu habiskan hidup aku bersama. 

hari itu hari raya. dan orang yang aku sayang sumpah aku.

dan semalam, dia add aku dalam friendster. dua tahun lepas dia delete aku dari senarai kawan dia. aku tak ambil pusing. orang tak sayang aku, aku tak hegeh-hegeh. tapi lepas dua tahun aku menangis macam orang gila dalam telefon call bunnywebbit sambil berulang kali dapatkan kepastian yang dia takkan tinggalkan aku, dia add aku kembali dalam friendster. 

dan aku terima.

bukan sebab aku sayang. tapi sebab aku tak ambil kisah. dia nak datang, aku tak larang. dia nak pergi, aku tak halang. tapi aku bukan adik angkat dia, macam dulu lagi. memang normallah kalau aku berubah setelah apa yang terjadi. selepas apa aku terima, mana mungkin aku masih sama.
what goes around, comes around. jangan pandang rendah hukum karma.

i've always have this positive mindset that those guys who rejected and hurt me, will come to me eventually.


and they did.

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr