Sunday, March 1, 2009

Saya musykil #2

gw

Wawasan 2020 atau cara sebut yang betul, wawasan dua puluh – dua puluh.


 

BUKAN dua ribu dua puluh!


 

Semacam kelakar bila tak ramai yang tahu apalagi faham, apa itu wawasan 2020.

Tak ramai juga yang faham kenapa sebenarnya Dr M keluarkan istilah itu.


 

Perfection. Kesempurnaan.

Penglihatan 20/20 bermakna seseorang manusia mampu melihat dalam jarak 20 kaki dari papan yang punya huruf-huruf, dalam jarak yang manusia "normal" sepatutnya mampu lihat. Burung hantu dan helang selalunya lebih tajam daya penglihatannya. Helang adalah 20/2. Sangat hebat!


 

Makanya, usaha-usaha untuk memajukan dan menjadikan BolehLand ini sempurna, sepatutnya semakin berlipat ganda digiatkan.


 

Adakah masih dipedulikan wawasan ini? Pandangan yang terlalu kehadapan ini, mungkin agak sulit untuk difahami mereka yang selalu mengingati sejarah yang menyukarkan mereka mengorak langkah.

Ok. Diri sendiri pun tak faham kenapa starting post sangat(?) berat.


 

*

Saya rindu ramai orang. Eksaited juga nak jumpa ramai orang.

Tapi kena kerja. Walaupun bulan ini, gaji masuk macam bongok gila ciput. Penat-penat kerja, bila kira, sikit nak mati. Bayar rumah pun tak lepas. Tapi maintain beli-belah macam dapat riban-riban. Matilah macam ini weyh!!! *denial gaji ciput padahal kerja berapa hari je pun*


 

Siapa baik hati nak bagi aku debit card dengan simpanan minimum RM500 000? OH, saya sayang kamu!

Walhal macam la banyak sangat pun benda aku nak beli/buat tapi tersimpan dalam lubuk hati jauh-jauh, sebab tadop pitih.

Ala, PS3, PSP, laptop/PC baru yang ada banyak gile upgrade supaya boleh main apa saja game, LG Cookie (ini untuk bunnywebbit), digital camera baru, one whole set of office attire, sport shoes PUMA (nike pun boleh tapi macam tak lawa je design), tilam Vono kak ZZ (saiz suku ada tak?), 2 backpack Samsonite (untuk aku & bunnywebbit), pergi Pangkor / Langkawi / Penang dengan bunnywebbit, makan-makan sampai rasa menyesal naik seploh kilo, dan banyak lagi.

Wah, satu perenggan wishlist aku. Sikitlah sangat. Padanla miskin.


 

*teringat gaji*


 

FINE.


 

*

Kemusykilan aku disini adalah:

  1. Kenapa bila aku masuk sesetengah butik ni, minah-minah tu tengok senteng? Nak aku tabur duit riban-riban depan korang baru nak hormat ke???
  2. Mana lagi patut dipakai, Celcom 1+5 atau Maxis Family Plan?
  3. Kenapa Street Fighter - Legend of Chun Li sangat mengecewakan sampai aku rasa lagi seronok tengok Van Damme berlakon dengan minah Aussie walaupun cerita tu bodoh-bodoh alang sikit??!?!?!?!?!?


 


 

Sekian.

3 doodles:

Leena Chan said...

sekarang saya sgt sensetif dgn perkataan 'wawasan 2020' kerana saya terkantoi dalam intebiu ptd.

*hantuk kepala kat dinding*

Mamok™ said...

jawapan untuk kemusykilan pertama:
mungkin dorang takut..
kau tak jumpe saiz kot..
hehe..
jgn marah..
gurau senda di hari raya..

The Freshie Beaute by Nikky said...

zach...aku mau lepak sama kamu isnin...free tak?

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr