Tuesday, March 24, 2009

Aku rasa kehilangan dengan kau jadi milik orang.

"pabila sedang bersanding, janganlah asyik menjeling.."


 

Ya. Dalam kepala aku sekarang, irama dan lagu pengantin sedang berkumandang. Keluar rentaknya di bibir aku yang kering sebab batuk-batuk & demam panas.

Kawan baik akan menikah dalam masa 3 hari. Rasa lain. Dah boleh agak apa akan jadi dengan reunion yang jadi rutin tiap kali ramai-ramai balik kampung.

Dah kurang seorang.

10 tahun lepas, kami dah susun siapa kahwin dulu. Tapi aku masih tak boleh nak terima, susunan tu menjadi. Hahaha~ sia-sia je tak makan masin mulut aku nih. Dan turutan seterusnya, aku. Wah! Tapi lambat lagi. Menabung sehari seposen.

Cuma buat sementara, aku rasa kehilangan.

Biasalah, lumrah orang dah kahwin. Takkan nak menggedik dengan kawan-kawan kat tepi pantai ushar lelaki pemalas melepak lagi? Takkan nak melalak kat so-called karaoke jamban, yang sempit tapi muatkan jugak 5 orang lagi? Time raya lagilah, takkan nak konvoi ramai-ramai terjah rumah kawan lama yang masak sedap-sedap time raya je lagi?

Macam aku selalu kata. Aku rindu waktu dulu. Growing is such a pain in the arse. Terlalu rancak dengan urusan masing-masing sampai semakin kurang waktu bersama-sama macam waktu dulu. Ya, itu namanya arah hidup. Dan aku sekarang, sejujurnya masih terumbang-ambing, tiada arah hidup. Samada aku terlalu bertangguh untuk kehadapan. Atau aku sebenarnya belum berani melepaskan waktu lepas.

Aku tak tahu. Mungkin aku tak mahu tahu.

Kadang-kala aku bosan hidup begini. Tak ada kerja tetap. Zaman gawat ni pun satu. Takde waktu lain nak gawat, time aku dah abis belajar jugak? Sekarang mencari kerja secara kompulsif. Sudah mula sekian lama, cuma sekarang rasa lagi terdesak. Aku perlukan gaji yang rutin. Wuwuwu~

Pening. Selesema. Demam masih membelenggu. Uhuk~


 

Suriati ismail. Kita kenal waktu 1 Aisyah. 1999. Membawa ke 2 Ummu Salamah. Tapi berpisah bila aku ke 3 Ibnu Khaldun dan kau ke 3 Ibnu Rusyd. Setahun berpisah, kita berjumpa lagi. Di 4 Abu Darda'. Dan terakhir, di 5 Imam Muslim. Kau dan semua yang lain masih bersatu ke KMJ, hanya aku ke Asasi. Kau jejakkan kaki ke UPSI, dan aku ke UM. Perjalanan kita hanya separuh yang sama. Akhirnya berbeza. Tapi aku tahu, dimana saja, kau kawan yang aku sayang sentiasa. Walau dimana kau berada. Walau kau milik si dia. Dan aku, masih weck yang sama.

Sayang kau, fiimaya'ti.

2 doodles:

Suhaila S. said...

sorang lagi nok kawen..
huhu.. besor2 dh blake saing kite..
weehh up sket..samah sari la menabung.. poseng sari rohok r weyy

Leena Chan said...

entry yang sob sob.

ttiba kedengaran muzik mendayu-dayu

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr