semalam pergi Sunway.
hidupkan kembali waktu-waktu dulu.
gelak ketawa di kedai pizza.
empat orang gadis cantik mengilai. sangat tak sedar diri.
yang kami nampak hanya kami.
tak fikir soal lain.
duduk sampai sempat habiskan pepsi dua jag.
jalan ke TGV.
oh bongek.
hanya ada dua wayang. tak mengapalah.
arcade pun bosan-bosan belaka.
jalan lagi ke arah Mega Lanes.
masih dibuka!!
satu game sudah cukup sebab perut penuh macam mahu pecah.
rebit pija kata tak tahu main.
rebit z, rebit nikky, rebit ana, semua yakin boleh main.
akhirnya rebit pija menang, 105 pin.
yang lain lembik sebab kenyang makan dua keping piza.
hahaha.
sesat waktu cari kereta mahu pulang.
lalu lebuhraya pergi bangsar.
isi minyak, terus balik rumah.
tidur ramai-ramai kat ruang tamu.
macam mangsa banjir.
japgi hantar rebit-rebit pulang ke reban.
sayang, saya rindu kamu.
nanti datang lagi.
kita suka-suka macam semalam lagi.
gadis-gadis mabuk minum.
pepsi dua jag.

0 doodles:
Post a Comment