Monday, January 12, 2009

lelaki kalau dah bangang, memang menyakitkan hati.

listening to : bunyi kucing menggelenyar.
____________________________________________________

ada masalah buat sementara ni. rumah baru tak ada sumber internet melainkan sarah punya. tapi, mekasihlah. tak mahu. banyak masalah boleh muncul nanti. saat ni, kita pinjam dulu stimik sesape tah yang wujud dalam list connection wireless rumetku ini. mekasih incik..

hari isnin adalah hari cuti untuk volunteer Petrosains. sekaligus, hari untuk aku merehatkan kaki aku yang da rasa macam tak ada tumit ni. lega. minggu depan, kerja cuma dua hari. rehat jap. sambil-sambil cari kerja lain. nak guna youth sebaik mungkin la kononnya.

esok kerja balik. sesiapa yang rajin, datanglah jenguk aku. nanti belanja makan kat cold storage, nak? itu jela yang aku mampu. lum dapat gaji lagi neyh.. wah sangat lapar. hari tu dah lepas geram pergi makan yoshinoya maka sekarang tak ada duit. makan karipap pun tak mampu. harga mahal gila watapak. aku silap kampung nak duduk atau memang tuan kedai tak ada rasa simpati kat anak perantau macam aku?

kapitan kelas kedua datang tahun lepas bulan duabelas. ayat dia tentang tentangan aku tak mahu duduk rumah beso bagak kat tepi sawah tu, sedikit sebanyak buat aku berfikir.
"berbaloi ke keje tempat tu?"
"berbaloi la kot. kalau tak, buat la dua keje."
ewah kan ayat aku? nak melawan punya pasal. maka sekarang, memang sedang cuba buat dua kerja la.
satu kerja dapat duit. satu kerja perabih pitih. hello, takkan tak makan kot..
cakap pasal makan, tiap kali aku terpandang kotak megi kapitan kelas kedua bawak untuk aku dari terengganu, aku gelak besar. satu dozen peket megi, aku yang hardcore ni pun rasa akan ambil masa lam setahun dua nak perabih. perli la tuh. mintak bawakkan peket nasi goreng adabi sepeket dua, dibaginya aku sepapan macam kat kedai runcit tuh. wah! sangat bersyukur. tapi bila masa aku pernah masuk dapur walaupun buka pintu bilik aku terus nampak dapur? (bilik aku dikenali sebagai bilik amah sebab tepi dapur. cait.) maka, terbiarlah kotak itu bersama isinya yang dua hari sekali aku ambil (megi sahaja. adabi aku tak sampai seru lagi.)

*

okay. pasal kerja. penat nak mampos. aku batch pertama untuk Dinotrek 2. setakat ni hanya buka untuk trial sahaja. lupa nak bitau. free. trial seterusnya tak siapa tahu. nanti aku twitkan tarikhnya, okay?
sangat letih bila da terbaring atas tilam. ekceli, lebih kepada lantai sebab tilam nipis nak mampus. nanti nak cilok dari kolej la. boleh?
tunggu sesiapa belanja spa ikan, takpun refleksologi tepi FOS kat MidValley. murah kot. apekisah. kan orang belanja? :">

*
baju dah basuh. bilik dah kemas, sikit.

tunggu yang ditunggu balik, baru dapat makan. wah.


*

da balik.




tak kenyang. sakit hati. nak nangis.



watapak.





baik tido je.

4 doodles:

winawin said...

babe.. jumaat lunch skali laa~

anyway..pi jer ou tuhh..urut kaki guna osim free apa?

hehehe.. pernah nak apply jd volunteer di sana..tp xkesampaian.. anyway, kamu kenal adwina di sana x?

kerja elok2 ya kamu..

azlishukri said...

hidup penuh dengan cabaran.

Mamok™ said...

hoho..
mis u'r entri..

Leena Chan said...

weks..susoh gile nok contact mu...arrrrrrrr....

aku maybe keje kat kajang pasni.

satu company ngan mayah...n satu team. hah ha ha...

tapi ni sume atas pertolongan mayah.

trimas mayah! uhuk2

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr