1. Aku tak pasti kalau apa yang aku idamkan selama ini adalah sekadar angan-angan atau impian yang mampu aku gapai suatu masa nanti. Apa beza angan-angan & impian? Contoh paling senang, bola sepak Malaysia masuk Piala Dunia, adalah angan-angan. Tapi aku akan jadi kaya suatu hari nanti, adalah impian. Salah satu ada kemungkinan untuk terjadi, satu lagi memang sumpah takkan jadi, paling kurang, mustahil la. Tapi apa salah kalau buktikan aku silap? Dua-dua; angan-angan mahupun impian, perlukan usaha dan pengorbanan untuk jadi realiti.
Perubahan adalah satu jenis pengorbanan. Perubahan adalah sesuatu yang pada normanya, mengalami penentangan. Changing is resistance. Tak ada siapa sukakan perubahan. Sebab kita dah sangat selesa dengan keadaan sekarang. Tak pernah terlintas untuk berubah kerana ragu-ragu apakah perubahan akan membawa faedah atau pulangan yang memberansangkan atau merugikan. Risiko namanya. Manusia memang jarang yang suka-suka ambil risiko. Ada yang berani bertempat. Ada yang tak bertempat. Cheating death, katanya. Banyakla. Kalau da bukan ajal, takdenye cheating cheating nih.
Sesetengah orang percaya, harapan adalah apa yang memacu mereka untuk terus hidup. Ada juga yang percaya, ianya adalah impian. Berbezakah?
2. Tadi terlihatkan gambar-gambar pengantin. Wah. Cemburu. Ya, kawan-kawan. Saya gedik mahu menikah. Tapi tiada fulus, juga tiada penaja yang mahu menaja. Tak faham betul la aku. Orang glemer-glemer, ramai je yang nak taja, sedangkan sah-sah mereka itu berwang. Aku yang memang da sampai tahap wajib nikah, tapi tak boleh sebab tak mampu, takde pula yang nak taja. Terbalik la dunia sekarang ni.
Fine. Benda lain.
3. Aku cuma nak tanya pendapat siapa yang membaca. Pernah tak terfikir yang dalam seharian bila kita berjalan-jalan, kita jumpa orang yang kita takkan jumpa lagi? Bukanlah "jumpa". Tapi selisih la. And in any case mereka terpandang wajah kamu, pernah tak kamu balas balik senyuman tu? Aku balas je. Setakat ni la. Sebab, kita takkan jumpa orang tu lagi, dan tak ada salahnya kalau-kalau aku ada tinggalkan sedikit memori dalam kepala dia, itu adalah memori yang baik – senyuman. Bukan jelingan yang boleh membawa kepada kutukan atau umpatan.
Sebab itu, senyuman tu sedekah.
*teringat lagu Senyum*
Senyum seindah suria yang membawa cahya..
Senyumlah dari hati duniamu berseri..

0 doodles:
Post a Comment