Thursday, December 4, 2008

Tiada talian internet buat aku separuh mati. Tiada kekasih disisi buat aku nak mati.

Ini adalah draf. So sila ignore sebarang kemusyiklan mengenai tarikh dan waktu.

Mula.

Lama betul tak update ini tempat. Tak sengaja. Mula-mula demam. Itu pun ada juga menggatal update satu dua. Pastu sibuk memindah randah. Masih lagi demam waktu itu. Kediaman baru tak ada stimik macam yang lama. Maka harus bersabar. Sangat-sangat bersabar. Nanti bila sudah ada pitis, aku beli broadband selkom. Musti! Buat masa ini, kita rindu-rinduan ya?

Mari aku update buat beberapa hari kebelakangan ini. Aku demam, itu rasanya semua sudah tahu.

Sekarang aku di rumah. Rumah mak bapak aku. Well, lebih tepat kalau sebut umah mak aku. Haha~ dan seperti yang satu Malaysia sedia maklum, terengganu banjir besar. Well, takdela besar sangat. Tapi besar untuk aku sebab orang-orang kampung pakat parking kete depan umah aku sebab umah aku tinggi sikit dari jalan so tak banjir. Makanya umah aku nampak macam ada kenduri. Banyak sangat kereta. UMT tutup sebab banjir. Tapi sekarang kan cuti sem so bukan ada budak pun kan? Marang atau lebih tepat Kijing, banjir teruk. Time dalam bas semalam aku tengok banyak rumah naik air. Ramai berpindah ke rumah sedara. Agaknyalah. Selalunya macam tu kan? Pindah ke rumah sedara. Aku tak fikir ada yang sanggup duk balai. Bukan balai polis. Balai raya. Aku tak amik pula gambar. Tak minat. Tertekan pun ada. Sebab ada toyol dalam bas yang asyik menyanyi lagu 'Uniknya Singapura'. Aku tak ada sebarang masalah dengan Singapura melainkan masalah mereka tak cukup tanah nak buat pembangunan sibuk pula nak ambil tanah Malaysia. Tapi cuba bayangkan 8-9 jam perjalanan dari KL ke KT, kau dihujani lagu 'Uniknya Singapura' tu yang memang pasti lari pitching, lari tune dan segalanya lah! Tambah pulak dengan tak reti duduk diam, aku sangat tertekan sampai aku sms bunnywebbit, aku taknak anak lelaki kotla kami jadi kahwin nanti.

Tadi pergi bowling kat TER. Ingatkan banjir lah. Tapi tak. Maintain. Tak ramai orang maka kami main 3 game. Bosan okay. Then pergi ronda-ronda kotaraya cari kerja. Untuk Lina. Bukan aku. Semangat luntur bila singgah mekdi tepi stesen bas, dengan harapan nak beli fries. Tapi mesin rosak ada problem makanya yang ada hanyalah mekdulax dan bubur. Aku dah baik demam lagi nak makan bubur??!? Tutup jela mekdi tu woi!! Tension beta. Teruskan lagi memburu kerja. Untuk Lina. Bukan aku. Kendian ke kedai rambut. Sejak hari ini, aku tukar kedai. No more Plaza Perdana atau sekitarnya. Aku nak kedai ini saja. Murah pun murah. Urut sikit punya best. Terlena aku. Haha~

*

Sekarang curi broadband jiran. Tak boleh lama-lama. Sekadar check Gmail, facebook and jenguk blog.


 

Okaylah. Nanti kalau line internet sudah stabil, aku kembali.


 

p/s: dila. Kamu ke mana?

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr