Sunday, December 7, 2008

part one

Anis sekadar menguntum senyum tanda terima kasih. Syafiq memang serba tahu. Makmal bukan tempatnya. Lebih-lebih lagi makmal Kimia Industri. Ah! Lemas rasanya!

Makmal Kimia Industri tamat begitu saja. Bergegas Anis keluar dari makmal yang kepam dengan bau asid itu. Sambil dalam kepalanya ligat terfikirkan kenapa dia sendiri memilih jurusan Kimia di Fakulti Sains itu, dia sendiri tidak tahu. Rambang saja pilihnya waktu di tahun pertama dulu. Nasib baik ada Syafiq. Teman semejanya dalam makmal tadi. Ah! Pendrive Syafiq! Lupa pula dipulangkan. Pelupa!

Matanya melilau mencari kelibat Syafiq. Dijenguk kedalam makmal. Kosong.

Kemana pula panda ni pergi? Esok sajalah.

Sampai ke kolej, Anis terus ke kafé membeli makan tengahari. Kolej Keduabelas bukan kolej yang punya dewan makan. Yurannya mahal. Tapi sekurang-kurangnya ada wireless. Itu saja pengubat hati Anis. Tanpa wireless itu, mahu saja Anis menjerit dari balkoni biliknya di tingkat 8 itu. Tertekan!

Selesai makan dan sembahyang, Anis mendapatkan laptopnya. Emel harus diperiksa tiap hari. Supaya tidak terlepas apa-apa pengumuman penting dari Fakulti dan Universiti Malaya. Tiada apa yang menarik perhatiannya. Bosan.

Truuut…truuutt… telefon Anis berbunyi. Nokia 6020 itu sudah buruk sekali zahirnya. Anis tersenyum sambil melirik pada nombor yang tertera. Syafiq.

“Assalamualaikum. Hello? Ya Syafiq, ada apa?”

“Waalaikumsalam. Anis. Tadi lupa pula nak minta semula pendrive aku. Ada pada Anis kan?”

“Ha’ah. Ada pada Anis. Tadi Anis cari Syafiq, tapi Syafiq dah tak ada. Maaflah. Syafiq nak guna ke? Sekarang?”

“Eh. Takdelah sekarang. Esok boleh bagi Syafiq pendrive tu? Dalam tu ada file nak diprint-out. Penting.”

“Atau, Syafiq nak Anis tolong print-outkan? Anis ada printer. Tapi Syafiq nak colour ke?”

“Tak. Hitam putih je. Kalau camtu, Anis tolong print-outkan. Esok bagi boleh? Nanti Syafiq bayar ya? Thanks Anis. Sayang Anis.”

“Ada-ada jela Syafiq ni. Bye. Assalamualaikum Syafiq.”

Perbualan terhenti. Serentak itu Anis terdengar tawa teman sebiliknya, Suraya. Pelik betul.

“Kau kenapa? Tersengih-sengih macam kerang busuk.”

“Kerang kalau busuk, tersengih ke? Tak tahu pun? Hahahaha.. takdelah. Aku tengok kau dan Syafiq tu, lain macam saja rapat? Ada apa-apa ke?”

“Ish. Mana ada. Kau ni. Mengarutlah. Dah. Pergi sambung tidur kau tu.”

Suraya masih lagi dengan tawa kecilnya. Anis sekadar menggelengkan kepala. Macam-macam.


bersambung...

2 doodles:

SK RANTAU PETRONAS said...

wahh zackk mu ade tokoh aaa jadi novelisss...:P

HariHaz said...

bakat terpendam.. ekeke

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr