aku sangat-sangatlah tak faham. dunia serba canggih. masih ada yang pandang harta benda. rupa paras, takpe lagi. tapi wang ringgit??! sigh~
tolonglah. letih faham tak?
apa, best sangat ke makan duit lelaki?
bukan nak kata aku tak ingin ada lelaki yang berbelanja ke atas aku. tapi bukan dalam kadar melampau sampai aku rasa terhutang budi/duit, atau apa-apa yang lain.
aku selesa begini. beli apa yang aku mampu, guna duit aku sendiri. aku hanya akan pandang rendah diri aku sendiri sebab tak berusaha dengan titik peluh aku sendiri untuk dapatkan apa yang aku mahu. buat masa sekarang, PSP. handphone juga.
kalau lelaki nak bagi, aku fahamlah juga. tapi jenis yang meminta-minta. takde harga diri ke weyh? tak faham aku.
baru siang tadi aku dengar dari bunnywebbit. aduan kawan perempuannya. mari kita mengumpat sambil mengambil pedoman.
Semek Ai dan Mamat Ef. acknowledgement : aku tak berkenan sangat ngan dua-dua ekor ni. maka, sedikit bias ye.
Mamat Ef adalah anak bongsu dalam keluarga yang agak berada. ya, boleh juga kata kaya. budak geologi, tapi bukan produk UM. menjalankan sejenis bisnes yang bagi aku sedikit haram kerana harta itu adalah atas dasar menipu. ya, kekandaku bunnywebbit tertiphoo. duit tak dapat balik. bungek bukan? dan ya, dia adalah lelaki sengal. sangat sengal. datang mengadap kekandaku bunnywebbit bila sudah tiada wang atau tiada kawan mahu melayan lagaknya. bangkek sungguh. berbalik kepada kisah, dia punya wang. banyak. banyok nok mapuh! dan dia punya gadis yang sama sengalnya - Semek Ai.
Semek Ai adalah penuntut pergigian di UM. ya, sungguh 'up'. dihujani dengan duit Mamat Ef, dia mewah sama sekali. handphone. laptop. pda. apa lagi yang kita, manusia normal mahu, dia ada! ya~ *angkat kening*
tapi baru-baru ini dia datang pada kekandaku bunnywebbit. terkongkong katanya. kau orang semua mahu tahu terkongkong bagaimana??
*datang dekat telinga*
password friendster. password facebook. password yahoo/YM!
<---- ada nama lelaki, zup! delete.
pin atm semua akaun.
<---- debit credit wang dalam akaun dalam pemerhatian.
like, HELLO~~ tak ada privasi la kan?
nah. amik kau. makan sangat duit lelaki. padan muka la kan? aku tak fikir hal ni salah lelaki tu. sebab dia cuba menjamin agar duit 'pelaburan' dia tak terbakar macam tu je.
bagi aku, secara peribadi, ini da macam jual diri. kan?
tolonglah. jangan buat aku rasa jijik.
jangan salah faham. aku tak kata kau tak layak meminta daripada seseorang yang kau panggil kekasih. tapi berpada-pada la kan? perlu ke sampai jadi macam Semek Ai?
ya, sedikit sebanyak, aku cemburu dengan gadis semacam itu. tapi maaf. ego aku terlalu tinggi. rasa kesian dan ada sedikit rasa mungkin kami takkan ended up together, juga buat aku tak se'hebat' itu untuk meminta-minta.
bunnywebbit sayang...
nak cooper. *batting eyelashes*
____________________________________________
let go the yesteryears of pain.
welcome the future of unpredictions.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 doodles:
Post a Comment