Tuesday, October 14, 2008

kilat terpancar selepas aku tutup lampu bilik, buat aku nampak macam pontianak.

ola. dah agak lama tak update betul-betul. ini pun sebab tenang sikit jiwa raga, sebab event esok ditangguh ke Jumaat ni. mula-mula bangkang. pastu dia kata jadi. pastu tiba-tiba aku dengar rumours, cancel terus. and to my horror (cewah. ayat time sekolah.) masa aku dengar buah mulut itu, aku, rebit peeja dan rebit nikky sedang tekun menyediakan penanda buku kami. penanda buku itu, akan dijadikan hadiah untuk mereka yang sudi hantar barangan kitar semula jumaat nanti. handmade. tak cantik macam ini. tapi kami buat dengan kasih sayang. ewah!

maka, nak dijadikan cerita, lepas mengalami gegaran gegendang telinga lepas dengar rebit az menjerit dalam bilik dia sendiri, di tepi telinga aku, rebit az segera bergegas, menyertai puak-puak MT event jumaat ini, berjumpa dengan yang teramat mulia pojiah itu. haih~

skema sangat! tidak!

okaylah. sebenarnya separuh lega. separuh lagi tidak. tak sanggup i nak tangguh benda-benda bangkek macam ni, okayy? lagi cepat setel, lagi bagus. cuma idea mengadakannya sekadar di dataran sains, sesama pelajar fakulti sendiri, sudah sangat melegakan. aku sangat tak boleh terima ide bernas seseorang yang rasa dia ada kuasa sangat besar (pastu cakap 'sikit' punya besar, pastu bila segalanya tak jadi, salahkan orang lain!!) nak buat event yang julung-julung kali, secara besar-besaran. aku bukan tak ambitious. aku sekadar berpijak di bumi yang nyata. be rational, realistic, okay?

sekarang rebit peeja sedang memuaskan kebosanan yang beraja dihati dengan memotong penanda buku kami dengan gunting gerigih-gerigih. pastu tepek kat kertas kaler-kaler yang keras macam bisnes kad. then laminate. oh. tak mahal. sekadar beli plastik laminating itu, dan iron. mudah. senang. tapi membohsankan. bukan kerja aku pun. lalala~

*

sudah pun menyetelkan banyak benda yang tertangguh sejak sebulan lalu.
  • sudah buat kad Jusco baru untuk diri sendiri dan yang terchenta.
  • sudah beli Pixel/Dwotties untuk diri sendiri, juga untuk awek alien, juga untuk bunnywebit, juga untuk rebit-rebit tershayang. harap kamu suka!!
  • sudah beli cover plastik lembik untuk tutup keyboard daripada dilitupi makanan. akhirnya~
  • sudah beli toner & cleanser baru.
  • sudah tengok wayang gambar Eagle Eye bersama bunnywebit. oh shia~ ku cinta kamu. bunnywebit, duk jauh2 jap ye. :p
  • sudah tukar layout frienster yang ntah bila punya aku pakai. hu~
tetapi masih banyak yang belum disetelkan. sekadar menunggu mood untuk hadir kedalam diri ini. dah main game. dah ym ngan orang-orang berkenaan. still, ide tak datang. woh.
  • belum update segala kaum kerabat nota 5 subjek!
  • belum beli tudung hitam.
  • belum basuh baju terpakai.
  • belum baiki mp3 bangkek.
  • belum siapkan esemen & projek-projek.
  • belum setelkan perihal jpa bungek.
  • belum setelkan pengemasan bilik secara bersepadu.
  • banyak lagi lah. malas pulak nak taip. segan pun ada ha. suka sangat tangguh-tangguh.
makanya, hati masih tak boleh tenang sangat. masih sengal-sengal sedikit.


berhenti. hujan lebat ribut petir. router harus ditutup.



1 doodles:

[az azhari]™ said...

aku rebit..
aha..
aku comel :)

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr