Sunday, October 26, 2008

kalau sayang, memang tak nak pisah. kan?

mungkin aku ada some kind of addiction. mungkin juga fetish. aku tak tahu. cuma sejak kecik, aku memang suka menulis. orang panggil diari? jurnal? antara dua tu lah. yang pasti, tak ada orang boleh baca. sebab aku simpan baekk punya lokasi. belakang pam jamban. takde tulis arab dalam tu, maka tak kisah. lagipun aku suka bertapa time tunai hajat. lebih umph.

bila dah besar sikit, dah mampu beli buku cover keras, aku beli satu, jadi buku simpanan memori hidup aku. sebab dari kecik, aku tak ada sangat tempat nak mengadu ni. muda-muda lagi, aku innocent so takde gewe. haih~ tapi ada satu masalah. aku ada lebih dari satu buku simpanan memori. so, selalu la juga, asyik bertukar-tukar buku simpanan memori. kejap sini kejap sana. tak tally kalendar.

masuk sekolah menengah, aku da pening sikit. banyak sangat kejadian, sumpah seranah, sampai tak cukup mukasurat dalam buku simpanan memori. terpaksalah guna kemudahan yang ada. microsoft word. walaupun aku tahu, tak ada orang selain aku dalam rumah yang constantly guna pc tu, aku still paranoid. [gila kau, kalau kapten kelas kedua tahu apa aku cakap pasal dia, mahu aku kena pelempang?!] so, untuk tidak mengkantoikan diri, aku set password. tapi aku pelupa. aku lupa apa password aku set tu. haha~ asyik tukar-tukar. maka, aku tak dapat baca balik apa yang aku da tulis. segala maki, segala tangis, hilang begitu saja.

masuk dunia asasi dan degree, aku dah ada laptop sendiri. dengan otomatis, aku da ada privacy. segala apa yang aku nak tulis@taip, aku bebas. tapi nak dijadikan cerita, aku ni dewa lagu. apa jenis lagu, semua aku ada. tapi sekarang dah tak sangat sebab aku jarang gila dengar radio. hu~ tapi, akibat dari itu, laptop aku agak 'public'. kalau tengok kat recent documents, mesti aku punya 'diari'. obviously orang akan tekan, kan? curiousity. [tengok betapa paranoidnya aku?]

tapi aku tak kisah sangat. at least kalau derang tahu pasal keburukan aku, derang buat tak tahu, dan still mahu kawan dengan aku. so, aku buat dek. lebih senang begitu kot.

kemudian aku berkenalan dengan blog. friendster punya. owh. aku suka buat puisi. jiwang karet gitu. ya, aku memang jiwang. selepas berkapel, sudah kurang jiwang. babi. lagi baik single kot. tapi aku naik fedap bila tiap kali aku update blog aku, frienster terlebih rajin pergi keypoh kat semua makhluk dalam friends list, bitau suh pergi lawat blog aku. apeke~ maka aku berhenti. noktah.

aku pindah ke wordpress. mulanya aku nak guna blogger. tapi rasa sangat malas sebab tak boleh buat private @ letak password kat sesetengah submisi. tapi bila fikir balik, baik tak payah buat public terus blog aku tuh. maka aku pilih wordpress. sebab masa tu rasa agak mature. konon.

susah nak update blog sebab cc kat kolej macam sial. lembab. tak berbaloi dengan bayaran. 2 jam aku pakai, sekadar sempat cek email. tak sempat nak delete spam pun. so sangat membazir. maka, wp aku tak aktif sangat.

pada masa yang lebih kurang sama, aku buat juga blog di blogger. sebab aku suka dengan kebolehan menukar-nukar tema dan layout di sini. wordpress agak kuno. haha~ so, di sini aku sekadar bersuka ria. apa aku nak tulis, tak banyak yang penting. tak signifikan.

tapi sejak kebelakangan ini, aku ada masalah nak update wp aku. connection problem. tah kenapa, penat-penat aku taip, selamba kambeng dia je hilang. so aku merajuk. aku mengadu di blogger. asalnya nama dia reveals aje. tapi aku tuka. kebetulan waktu itu, baru beli sekor ikan. nama dia kappy. tanya aku kenapa, kemudian hari aku cerita. aku sayang ikan itu. comel. gumuk macam aku.

tiap kali, tangan aku gatal nak menaip. anugerah mampu menaip dengan cepat, adalah sesuatu yang aku dapat bila jadi setiausaha tak berbayar kapten kelas kedua yang merupakan guru hal ehwal murid di sekolah. kena taip minit mesyuarat, senarai nama guru, senarai pelajar. tengah malam buat, bersengkang mata tolong orang. haih~

takpe. usaha tangga kejayaan. bolehla aku nak menaip tanpa tengok keyboard skrg ni. kurang selesa menaip di keyboard laptop berbanding dengan keyboard pc sebab kuku sedikit panjang. [jangan bising pasal kandang babi dengan aku. aku da masak dengar] tapi takpe. ambil masa untuk sesuaikan diri.

maka jangan tanya aku kenapa aku rajin sangat buat post kat blog. sehari kadang-kadang tu dua tiga submisi. suka hati aku la ye. dah tangan aku lebih rajin menaip untuk blog, berbanding report-rpeort yang memakan kapasiti memori di otak aku ni, aku nak buat macam mana? salah aku ke report yang kena siap tu adalah sangat susah? ha? ha? cakap la kalau berani?! ape ko ingat, report pasal akta perlindungan haiwan liar 1972 tu senang nak faham ke? ingat nak buat report pasal event yang dibatalkan sehari sebelum hari kejadian, kemudian tak jadi batal, senang? haru okayy~~

*

adegan tangisan sebentar.

ada orang sayang aku sangat-sangat nih. haha~

olololololo sayang.. jangan bimbang ye.

sentiasa ada untuk kamu tau.
takkan hilang.
takkan lari.
ada je disini.
untuk kamu.
selamanya.

ini untuk kamu sayang.
@love
bukan jarak yang jadi ukuran.
bukan masa yang jadi halangan.
kalau tercipta aku untuk kamu.
maka aku hanya untuk kamu.
kalau wujud kamu untuk aku.
maka kamu hanya untuk aku.

tiga tahun.
lama?
tak.
malah, tak cukup.
sebab makin lama, makin sayang.
makin tak boleh lepas.
makin tak mahu pisah.
makin tak dapat jauh.
sebab aku sayang kamu.
jujur.

bakal rindu yang amat.
rindu tawa kamu.
rindu tangis kamu.
rindu memori bersamamu.
kita gila.
kita skema.
kita comel.
kita syahdu.

aku garang.
kamu sweet.
lengkap.
kan?

aku bengap.
kamu bijak.
sempurna.
kan?

aku cantik.
kamu comel.
perfek.
kaaaaaaaaaaaaaan?

hidup memang susah.
kadang-kadang sangat susah.
tapi tak pernah akan wujud terlalu susah.
sebab susah tu ngam ngam sesuai dengan kemampuan kita.
Halo
jangan bimbang sayang.
aku ada di sini.
jauh.
tapi dekat saja.

sebab aku sayang kamu.
sangat-sangat.

Heart
____________________________________________
let go the yesteryears of pain.
welcome the future of unpredictions.

2 doodles:

The Freshie Beaute by Nikky said...

aku sangat terharu~~~ air mate aku nih senang sangat nak menitis...aku pon tak tahu kenape????tp siyezly aku sayang...aku tak mahu pergi...aku mahu sentiasa disini...dengan kenagan yang sungguh indah dan aku tak kan lupe

winawin said...

slalu update lah bawu blogger sejati kan..ehehe

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr