1 September 2008. bersamaan 1 Ramadhan berapa Hijrah? lupa~
haih.
aku sambut Ramadhan kali ini dengan penuh azam. juga dengan penuh semangat(?). gaduh sama bunny. kecil hati sama teman. sigh~ dugaan sungguh di permulaan bulan penuh barakah. aku tak mahu kekal begitu. aku mahu hidup yang lain. aku akan ubah. itu kata aku. mungkinkah? pasti. aku akan cuba!!
*
esok bunny mahu jumpa. sigh~ rindunya pada bunny. demam rindu agaknya aku ni. tapi esok puasa. mungkin harus dikurangkan sedikit manja-manja. juga harus dikurangkan cuddle-cuddle. walau dia bunny aku, tetap seorang bukan muhrim aku. at least, hormatlah bulan puasa. okay? cinta-cinta untuk bulan ini hanya untuk Tuhan. itu mahu aku. itu kehendak aku. bunny tak nak terima, putus saja. cewah! bolehkah?
sesi tarbiah aku dengan dua orang teman, buat aku terbenam dalam pemikiran sahsiah diri sendiri. mampukah aku melepaskan bahagia yang ada didepan mata, untuk bahagia kekal abadi di akhirat nanti? mampukah aku mengharungi pedih dan sedih melepaskan apa yang aku mahu di dunia ini, untuk suatu yang menjanjikan kegembiraan di dunia esok nanti? tiap hari Jumaat aku lalui dengan penuh debaran. mungkinkah ini Jumaat terakhir aku? mungkinkah akan tiba masa untuk aku pergi dahulu? meninggalkan mereka yang aku tahu dan sedar, menyayangi aku?
aku mahu cuba, teman. harus cuba. wajib cuba. masih dalam percubaan. berikan aku waktu. berikan aku peluang untuk berubah. supaya aku tak lagi segan mengangkat wajah, memberikan senyuman kepada semua yang melihatku, dengan penuh kemusykilan. aku sedar itu semua. dan aku tahu.
terimakasih husni. terimakasih hanif.
kata-kata semangat daripada antuma takkan ana lupakan. harus ana semat dihati dan fikiran ana. tentang usrah itu, nanti ana fikirkan. mungkin itu satu langkah pertama yang harus ana ambil, untuk mencari ketenangan dan kebahagiaan yang selama ini ana rasanya tak pernah cukup. ya, mungkin juga. tentang sahabat ana itu, harus ana biarkan dahulu buat sementara waktu. ana belum cukup baik/perfect untuk menjadi seorang yang menasihatinya. tak mengapa, mungkin ana cuma mampu sekadar memberi peringatan. bukan menasihati. InsyaAllah..
memahami intisari keimanan diri sendiri adalah sangat sukar bagi aku. walau cuba untuk memudahkan segalanya. tapi itulah, manusia. kalau yang tak seronok, tak happening, tak mahu. even cuba pun tak mahu. harus cekalkan hati. lagi-lagi dibulan yang sudah dijanjikan, syaitan dan sekutunya diikat, agar tak mengganggu aku, dan juga dijanjikan pahala berlipat ganda!! wah! semangat! semangat! hee~~
masih mencuba untuk mengatasi nafsu. berfikir menggunakan minda dan akal, bukan hati dan perasaan.
kuatkan hati cahaya kecantikan!! kuatkan hati!!!
*
juga mahu diet. harus!! walau aku berpegang pada kata kurus tak semestinya sihat @ lawa (bunny kata..) aku mahu juga kurus! sebab aku mahu gedik-gedik pakai baju chanteq. huu~
taa~
____________________________________________________________
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________



0 doodles:
Post a Comment