Tuesday, August 26, 2008

head was spinning. but mr trust, miss love and mdm hope rescued me from drowning.

bangkit dari diulit (?) mimpi buruk.

kata maaf dari seseorang buat aku dilema. aku tak serba salah. cuma aku masih punya satu gerak hati yang mahu melawan keputusan minda aku. demi kebaikan semua. atau demi kebaikan aku saja. aku tak tahu.

kamu. 

aku sayang kamu. mahukan yang terbaik untuk kamu. tapi kamu tak mengerti. betapa pedih hati ini. kerana terlalu menyayangi kamu. sedangkan kamu, tak menganggap aku apa-apa. sekadar melukut di tepi gantang, kamu buat aku rasa terhina kiranya aku terus berada disitu, menunggu.

aku tak pergi. aku sekadar membiarkan kamu. aku tahu kamu tak hanyut. aku tahu kamu memang menginginkan hidup seperti itu. maka aku biarkan kamu. melupakan aku? oh, aku tidak pernah ambil kisah. tipu. aku ambil kisah. tapi tidak lagi. 

kamu tahu falsafah hidup aku bagaimana. kalau aku sudah tak mahu ambil kisah, aku tak akan peduli apa orang itu mahu buat. aku takkan membenci. aku juga takkan sayang. kerana sayang dan benci itu adalah perasaan. dan aku tak mahu membazirkan apa-apa perasaan untuk kamu. kerana kamu seorang yang aku tak fikir patut buat aku menangis sedih. jadi aku biarkan saja kamu dengan arus hidup kamu, yang amat deras untuk aku yang sering lemas ini. aku tak mahu rasa apa-apa. aku akan terus bersedih jika aku terus menunggu dengan penuh harapan dan akhirnya, kamu tak ambil pusing tentang aku. what a waste...

aku perjudikan kepercayaan aku kepada kamu. kerana aku terlalu menyayangi kamu. tapi aku sedar kini. walau apa terjadi, aku masih sayang kamu. cuma tak seperti dulu. tak mungkin seperti dulu. 

*

mengenali diri sendiri sebelum cuba memahami diri orang lain adalah satu kerja wajib yang harus aku buat, kerana aku tak mahu diperbodohkan lagi. juga tak mahu dipergunakan lagi. dan mengenali diri sendiri sebelum cuba memahami kehendak orang lain adalah suatu yang bukan mudah. untuk aku.

aku tak tahu kenapa aku sering bebankan diri aku dengan menjadi seseorang yang terlalu mementingkan hubungan persahabatan, lebih-lebih lagi bila hubungan itu sekadar pada nama. aku bebankan diri aku demi memuaskan hati semua pihak. agar aku lebih disayangi. agar aku lebih dicintai dan disukai. aku enggan terima hakikat realiti hidup bilamana tak semua orang akan menyayangi aku. dan tak semua orang akan menyukai aku. aku tak sehebat itu dalam memuaskan hati semua pihak. aku enggan terima realiti yang tak semua orang mementingkan persahabatan sepertimana aku. aku tak tahu kenapa. mungkin kerana aku percaya kegembiraan dan kebahagiaan aku, hanya akan aku jumpa bila aku bersama sahabat. sebenar-benar sahabat. 

mungkin bodoh pada pandangan kamu. tapi tidak pada pandangan aku. sebab itu bagi aku adalah satu cara dan laluan untuk aku mencari ketenangan jiwa dan bahagia aku. dalam menghadapi hari muka yang aku tak pernah pasti bagaimana harus aku lalui hari demi hari. rakan datang dan pergi. tapi jarang sekali aku benarkan mereka benar-benar 'pergi'. tidak. aku tak suka begitu. hubungan dijalin bukan untuk diputuskan. bukan untuk dibiarkan mati. aku jalinkan hubungan persahabatan atas dasar ikhlas hablumminannas dan juga bagi memenuhi kriteria aku sebagai seorang manusia, yang mengerti bahawa aku tak hidup seorang diri di dunia yang sementara ini.

jadi aku tak mengerti sama sekali jika ada orang yang menganggap persahabatan adalah satu jalinan hubungan yang tak perlu dipentingkan selain daripada hubungan dengan keluarga dan kekasih. pernah tak terfikir, andai ini kali terakhir kita berjumpa, sekurang-kurangnya aku mahu memberikan kenangan paling manis untuk kamu ingati. tapi sayang, kamu tak begitu. 

*

for better or worse. i believe that it is your call when it's you who decide. noone can force you. noone. it is sure a pleasure to know you. but again, it's such a big hard decision for me to let you go. knowing that the possibility that you'd be here and we'd have a meal together is very minimal, i'd say, i will miss you very much.

dear panda.

i wish you the best in everything you're about to do. whenever, whatever. i'd always be here for you. when you need someone to listen to your whines. when you need someone to say "so manja~" when you whine.

though i never know how we ended up being this nice to each other, but i appreciate what we have been through. thoughts and words, i'd remember them well enough. hope you're doing fine once you get there.

i'd miss you. as you decorate my nights with some beautiful thoughts. and you become someone i'd be talking to, comfortly. thank you for being there. 

love, zach.

*

seriously in devastation.

____________________________________________________________

stupidity is a privilege, some might abuse it.
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr