Friday, August 22, 2008

dear sparkling..

it is NOT that easy.. not at all..








how could you say, it wasn't that serious?








lemme see..








you asked for a favour, which resulted fighting between me and gewdik. what made me devastated was, it was not even my fault to begin with.. i was just trying to help.. and you made me regret, letting you, using me.
fak.





*




mengenang kembali waktu dulu, memahami semula kisah lama, buat aku sendu. sesi perkenalan dengan diri sendiri sudah berlangsung hampir 10 tahun, sejak mula baligh. mula sedar, dosa pahala tanggungan sendiri walau tidak sepenuhnya. kata-kata itu juga buat aku bimbang, aku bakal menyusahkan indukku akhirat kelak kerana dosaku yang menimbun. maafkan aku. kesilapan banyak mengajar aku erti pentingnya membuat pembetulan. kita tak mampu merubah masa lalu. tapi kita mampu mencorak masa depan. seiring dengan harapan, impian itu akan lebih bermakna jika dilunaskan dengan penuh keikhlasan, dan memori indah bersama orang lain. memori yang melukakan tak bermakna itu tak indah. indah sesuatu ingatan itu, kerana kesan yang didapati dan dihargai. memori tak bermakna apa-apa jika tak diendahkan. memori tak memberi apa-apa kesan jika tak dipedulikan. manusia melakar sejarah kerana mahu berjaya pada masa hadapan. memandang kembali kisah lalu, mungkin akan melukakan, juga akan memberi pengajaran. agar tak terluka lagi. tapi, jika tak terluka dan pedih, bagaimana harus aku rasai kemanisan kegembiraan? 

tenang hidup tak bermakna aku senang dengan segalanya. seringkali aku sengaja jatuh ke bumi, kerana ingin merasa sakit. agar aku mampu menghargai sihat. mengebumikan perasaan malu tatkala aku mahu merealisasikan impian hati mencari bahagia, namun diusik malu yang menebal bila tidak jadi jawapan. mungkin saja aku berhenti berharap, agar aku tak lagi luka. mungkin juga aku semakin mengharap, agar sinar gembira datang jua. aku boleh saja ketawa, walau derita menghimpit. aku boleh saja gembira, walau hati mahu menangis. tahan. aku tahan saja. kerana aku tahu. hukum karma itu wujud. dan itu adalah hukum dunia, yang memang pasti. soalnya, masa. lambat atau cepat, aku tak ambil peduli. aku tak pernah kisah. asalkan, di akhir nanti, kau terhukum. andai aku pergi dulu sebelum aku dapat melihatmu terhukum, aku redha. tapi aku tahu, karma pasti terjadi. maka aku biarkan saja semua yang menyakiti. aku biarkan saja semua yang melukai. kerana aku sedar dan tahu, jika mereka pernah disakiti, jika mereka pernah dilukai, mana mungkin mereka tegar berbuat begitu?
kau. seseorang yang pernah aku sayang. kerana aku seorang yang menyayangi tanpa batas.
kau. seseorang yang pernah aku percaya. kerana aku seorang yang mempercayai tanpa had.
tapi kenapa bila tiba waktunya, aku kau kecewakan? sayang seribu kali sayang. aku bukan insan biasa yang boleh kau tolak tepi, kutip kembali bila mula nampak sinar nilai pada matamu. aku bukan seorang yang tak punya kepentingan dalam hidup orang lain. mahu aku ujarkan disini. aku disayangi. positif. walau emosi dan paranoia sedikit sebanyak mampu mempengaruhi takat kasih sayang aku, aku masih positif. kerana aku tahu, hukum karma wujud. pembalasan tak perlu tunggu hari abadi. boleh saja muncul di hayat ini. 
merealisasikan impian bukan suatu yang mudah. lagi-lagi untuk aku yang mudah putus asa. tapi bila memikirkan kembali, kebahagiaan aku mungkin saja terletak pada kewujudan realiti berlandaskan impian itu, aku sanggup berkorban, demi impian nan satu. katakan saja jika aku bodoh. katakan saja jika aku gila. aku tak peduli. kamu siapa mahu menghakimi aku? di alam fana ini aku tak peduli penghakiman yang bias. penghakiman yang sekadar mengikut kata bukti semata, tanpa mengambil kira kata hati dan logika. bosan benar aku. cukup jijik bila melihat semakin ramai yang mempersendakan agama semata-mata untuk kepentingan diri. aku tak berada di tempat yang sesuai untuk berkata apa tentang agama. cuma bagi seorang yang iman lemah seperti aku, rakusnya manusia mengejar dunia anthroposentrik menyebabkan aku semakin lemas untuk berdiri dikalangan mereka. semakin lama, aku sedar, mereka semakin berpegang kepada konsep utilitarianisme. segalanya adalah wang. segalanya adalah ekonomi. tak peduli soal hidup mati. tak peduli soal dosa pahala. tak peduli baik buruk. wang bererti untung dan rugi. menukarkan segalanya kepada nilai ringgit malaysia, meletakkan nilai ke atas sesuatu yang tak sepatutnya dipandang sebagai suatu objek dagangan. lemas lagi aku. intrinsik dan ektrinsik. aku tak faham semua itu. 
semuanya berlandaskan satu. hanya untuk manusia. 
haruskah aku berfikiran begitu? menambah bilangan mereka yang hanya memikirkan status terushidupan spesies sendiri tanpa dapat memikirkan bahawasanya tanpa spesies lain, homo sapien tidak akan mampu terus hidup. mampannya suatu persekitaran itu, bergantung kepada pemikiran setiap orang. anthroposentrik atau tidak, meneruskan hidup adalah satu perkara wajib. bergantung kepada cara bagaimana, klasifikasi mementingkan diri sendiri adalah besar. terlalu luas untuk aku selami. sekadar berenang dipermukaan saja sudah melemaskan. kerana tak seperti realiti.
dan kita harus merubahnya. suatu hari nanti.
aku mengenangkan kisah lalu dan kini aku sendu. tapi aku masih mahu berterimakasih. kerana kamu menghiasi memori ingatan ini. yang sedikit sebanyak memberi makna hidup untuk aku teruskan. hakimi aku kerana aku. bukan kerana diri kamu.
*
hari ini hari terbuka ips. mari memeriahkan suasana meh. plan nak sambung master. doakan aku berjaya. huu~
xoxo
____________________________________________________________
stupidity is a privilege, some might abuse it.
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________

0 doodles:

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr