Sunday, August 10, 2008

cinta. tak perlu sebab.

sigh~ 
begitu banyak untuk aku fikirkan. 
tak mengapa. abaikan sebentar. lupakan sejenak. 
aku ada cinta untuk disayangi. 
aku ada kawan untuk ditemani. 
aku ada tugas untuk dipenuhi. 
tugas? 
ha ha ha 
tugas aku untuk memenuhi kuota sukaria aku 
minggu dan bulan ini sangat memenatkan 
tak suka 
maka aku buat apa saja 
membeli belah. merajuk sakan. ketawa sampai sakit perut 
apa saja 
asalkan aku dapat lupakan seketika 
kepenatan kehidupan yang sangat memaksa aku untuk berlari 
aku letih 
aku hanya mampu berjalan. kadang merangkak 
sigh~ 
aku tak mampu 
benar-benar tak mampu 
mahu aku robek hati yang seakan mahu berubah arah 
mahu aku tikam jiwa yang sekan mahu bertukar angin 
mahu aku cengkam perasaan yang seakan mahu berpaling arah 
aku tak mahu semua itu terjadi 
aku tak mahu semua itu berlaku 
sayang 
sayangi aku lebih 
agar aku setia 
cintai aku lagi 
agar aku bahagia 
manjakan aku sangat 
agar aku hanyut 
sayang 
maafkan laku diri ini 
seringkali mencabar kesabaranmu 
seringkali mencabar kesetiaanmu 
maafkan aku. 

aku sayang kamu. 
lemaskan aku dalam pelukanmu 
aku takkan meronta 
kerana hidup mati ku 
demi membahagiakanmu 

hafizi 
sayang kamu 

aku tak tahu jika kamu yang akan bersama aku bila aku tak lagi mampu berdiri teguh 
aku tak tahu jika kamu yang akan bersama aku bila aku tak lagi mampu berkata apa 
aku tak tahu jika kamu yang akan bersama aku bila aku tak lagi mampu ketawa 
aku tak tahu jika kamu yang akan bersama aku bila aku akhiri hayatku 

tapi aku tahu 
kau yang aku mahu disisiku bila aku perlukan seseorang untuk berdiri 
kau yang aku mahu disisiku bila aku perlukan seseorang untuk memahami kata hati 
kau yang aku mahu disisiku bila aku perlukan seseorang untuk ketawa bila aku senyum 
kau yang aku mahu disisiku bila aku perlukan seseorang untuk menemani aku hembuskan nafas terakhir. 

terima kasih 
kerana menyintai aku 
kerana menyayangi aku 
kerana memanjakan aku 

lemaskan aku dalam pelukanmu 
hanya itu yang mampu 
menenangkan kegelisahan 
mententeramkan keresahan 
kerana terlalu menyintaimu. 

aku sayang kamu!

143
____________________________________________________________
stupidity is a privilege, some might abuse it.
ignorance is a bliss, some might longed for it.
nevertheless. there are morons. gifted, i believe. ____________________________________________________________

2 doodles:

Mamok™ said...

moga selamat diijab kabulkan..
kekal ke akhir hayat..

HariHaz said...

ameen.. kalo aku blh setia la kan. hahaha

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr